BATANG PISANG GORENG KELAPA
500 gm batang pisang,di potong cube dan rendam dalam air garam.
¾ cawan kelapa parut putih
30 gm udang kering,direndam dan tumbuk
1 s/t gula
Garam secukup rasa
2 biji bawang besar,di hiris halus
4 tangkai chilie kering,dipotong
4 ulas bawang putih,tumbuk kasar
1 s/t biji sawi
1 s/t ulutham paruppu
3 tangkai daun kari
3-4 s/m minyak
1. Basuh batang pisang dan tuskan. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan ulutham paruppu. Masuk bawang,chili,bawang putih dan daun kari tumis hingga hilang bau bawang putih dan bawang menjadi sedikit perang.
2. Masuk udang kering dan kacau rata goreng satu mint. Masukkan batang pisang dan kacau rata. Masukkan ½ cawan air dan kacau rata dan goreng hingga air kering.
3. Masukkan gula dan kacau rata rasa dulu baru masuk garam. Kacau rata dan masuk kelapa parut kacau rata dan goreng hingga kering. Hidangkan dengan nasi.