Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat terbikin roti pisang...errr, nama saja roti tapi ia sama macam kek. Kebetulan ada 3 biji pisang serendah dari pokok depan rumah, bosan tengok pisang tu tak habis2, jadi elok kita tukar jadikan sesuatu yang boleh dihidangkan untuk minum petang nanti. Mesti ada yang tanya, sedap tak roti pisang ni, nampak macam tak berapa menarik ajer. Hurmm, secara jujurnya roti pisang ini rasanya biasa2 saja. Takde faktor 'wowww!', tapi kalau anda minum sama teh atau kopi panas, memang ngam dan sedap. Dalam resipi nanti che mat tulis pisang montel atau boleh guna pisang cavendish. Pisang emas pun boleh guna dalam 5 atau 6 biji, bergantung pada saiznya. Satu lagi, kalau suka nak tambah kacang seperti walnut atau pecan pun boleh. Sapa yang suka serbuk kayu manis, boleh masukkan sedikit. Tapi che mat suka yang kosong saja. Roti pisang lebih sedap dimakan selepas disimpan satu hari, tapi pastikan dibungkus dengan plastik cling untuk mengelakkan roti pisang jadi kering. Buatnya memang senang, meh che mat kongsikan resipinya..
3 biji pisang montel @ pisang cavendish
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh rata baking powder*
1 camca teh rata soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/3 cawan mentega yang telah dicairka dan disejukkan (seketul mentega 250 gram, anda ambil 1/3)
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred A, dikacau rata
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram @ salted, tak perlu taruk garam)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi dan ketepikan. Pisang dilecek hingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambah garam dan telur, gaul rata.
- Masukkan gula kastor dan kacau hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula hingga sebati, jangan terlebih gaul. Tuang mentega cair dan kacau dengan kaedah kaup balik hingga rata.
- Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga roti masak. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih dibahagian tengah roti dan jika keluar bersih, tandanya sudah masak. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan boleh hidangkan...Selamat mencuba!!